Thursday, October 22, 2009

Literasi Al-Quran Dalam Kehidupan

Assalamualaikum....

Hujung minggu ini akan berlangsungnya Kem Literasi Al-Quran Peringkat Daerah Kuala Selangor. Kem yang akan menghimpunkan ratusan murid yang tidak mencapai tahap dalam silibus bacaan iqra' sekolah rendah. Kem ini mengariskan objektif utama untuk memulihkan murid-murid yang masih dalam iqra' 1@2 walaupun sudah berada di tahun 3.

Perkara ini dipandang serius oleh pihak guru-guru j-QAF kerana j-QAF datag ke ssekolah untuk memastikan murid-murid lemah ini mampu membaca Al-Quran apabila sudah tahun 6. Oleh kerana itulah mereka ini perlu dipulihkan selewat-lewatnya tahun 4. Jika tidak pada kebiasaannya mereka tidak akan mampu membaca Al-Quran apabila masuk ke sekolah menengah.

Hari ini adalah hari terakhir di PPD Hulu Langat (sebelah Tesco Kajang) menghadiri kursus pemantapan guru jqaf ambilan 2008 siri ke 5. Antara pengisiannya, telah diadakan sesi tasmik Al-Quran oleh Para Jurulatih Utama kepada pada peserta. Berkenaan ayat-ayat gharib dalam Al-Quran. Namun yang sedihnya, ada juga dikalangan guru jQAF yang masih lagi membaca Al-Quran dalam keadaan menyedihkan.
(Dewan Persidangan PPD Hulu Langat yang besar macam dewan kuliah universiti)

Bukanlah ingin membuka pekung guru-guru jqaf ini tetapi teringat kepada murid-murid yang akan menyertai kem literasi. Adakah kerana kualiti guru-guru yang sebegini yang menjadikan anak-anak murid mereka lemah Al-Quran. Adakah perlu juga diadakan literasi kepada guru-guru ini...sama-samalah ita fikirkan...

(sebahagian daripada jurulatih utama yang hadir)

Segalanya adalah peringatan kepada diri saya sendiri dan rakan-rakan jurulatih utama. Sentiasalah bermuhasabah dan memperbaiki diri dari segala sudut. Al-Quran bukanlah sekadar sahabat kita di dunia tetapi juga di akhirat. Kerana itulah, jikalau dalam bab Al-Quran kita tidak boleh ambil mudah. Sentiasalah perbaiki bacaan Al-Quran. Kalaupun tidak jumpa guru yang mursyid paling tidak pun bertemulah dengan sahabat yang berilmu dalam Al-Quran.

Setakat ini dulu.Jumpa lagi.Wassalam

Wednesday, October 21, 2009

Salam penghujung Syawal...

Assalamualaikum...

Hari ni tamat kursus pemantapan di Dewan Perdana, Pejabat Pelajaran Daerah(PPD) Petaling Perdana. Alhamdulillah dengan kehadiran Penolong Pengarah Kanan j-QAF , kursus ini telah dirumuskan dengan baik dan memberi kesan yang positif pada para peserta. Walaupun ketua JU agak fokus dengan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian, namun natijah kepada para peserta agak memberangsangkan.

Esok kami para JU akan turun ke PPD Hulu Langat untuk meneruskan misi Pemantapan guru program j-QAF yang telah digariskan oleh jabatan. Tapi di sebelah pagi, di Kuala Selangor ada Hari bersama Pelangan PPD Kuala Selangor. Saya turut membantu dalam urusan penyediaan kad badan ihsan dan persiapan booth jQAF. Walaupun booth jQAF dah disiapkan 80% oleh zaujah dan beberapa orang sahabatnya sampai pening-penning kepala. Biasa la pendapat yang pelbagai dan berbeza.

Apa pun...doakan kami semua supaya dapat melaksanakan tugas dengan baik. Wassalam

Tuesday, October 6, 2009

Dalam proses transformasi....

Assalamualaikum...

Maaf kepada semua pengunjung blog ini kerana blog ini dalam proses pengubahsuaian. Harap dapat bersabar dan mendoakan dapat melihat perubahan yang lebih baik. Terima kasih kepada sifu blog...us hamidi dengan tunjuk ajarnya.

Wassalam.

Monday, October 5, 2009

Salam Syawal dan Pemantapan Diri...

Assalamualaikum dan salam syawal...

Hari raya Aidil fitri sudah pun berlalu pergi tetapi bahangnya masih terasa. Dengan adanya 'open-open house' sanak saudara, sahabat handai mahupun rakan-rakan sekerja. Tahun ni saya sekeluarga beraya di tanjong karang. Perlis insyaAllah hari raya Aidil Adha masa cuti sekolah.








(Irfan dengan ibu siap nak beraya....thn keluarga saya berbaju raya hijau...)


Di kesempatan ini saya sekeluarga memohon maaf zahir dan batin kepada sesiapa sahaja yang mengenali kami sekeluarga. Semoga ramadhan tahun hadapan kita semua akan bertemu lagi dan terus memperhambakan diri kepada Yang Maha Esa.















(gelagat Eimad zihni dan Irfan Zuhdi pertama kali beraya bersama...ahlan wa sahlan...)

Saat dan ketika saya meng'update'kan blog ini,kami Jurulatih Utama j-QAF negeri Selangor
sedang berkursus di Hotel Goldcourse, Klang. Kursus Pemantapan Guru-Guru Pendidikan Islam Program j-QAF 2009 untuk guru-guru j-QAF ambilan 2008. Kursus yang menghimpunkan hampir 80 orang guru yang mewakili daerah masing-masing.
(sebahagian peserta kursus pemantapan...)

(bersama Us.Anwar JU j-QAF gombak...)

Namun tahun 2009 ini,hanya siri-1 sahaja diadakan di hotel. Siri ke-2 hingga ke-6 akan di adakan di pejabat pelajaran daerah kuala selangor, gombak, hulu langat dan petaling perdana sepanjang bulan Oktober dan awal November. Bagi para jurulatih utama lepas ni akan terus berkorban masa bersama keluarga demi memenuhi tuntutan tangungjawab. 'Apa yang penting...' teruskan perjuangan. Jom kursus pemantapan...

(Us.Zubaidi tekun menelaah bahan kursus...)


(berkesempatan dengan Us. Wan Yusof Pen.Pengarah Kanan Operasi Jab Pelajaran Sel.)

Salam jumpa lagi...Ilal liqa'...

Saturday, September 5, 2009

Salam 14 hari Ramadhan...

Assalamualaikum,

Terawih malam ini di Tanjong Karang...Masjid Ar-Raudhah. Sayu rasa hati, dengan bacaan imam yang mendayu-dayu. Kadang kala terfikir, setimpalkah dengan peluang yang telah Allah izinkan selama 14 hari di bulan Ramadhan dengan amal ibadat yang telah dilaksanakan. Bagaimana orang-orang soleh tidak lekang dengan sujud memohon keampunan tatkala Ramadhan bakal menjengah 10 hari yang terakhir. Bagaimana pula diri sendiri yang seringkali lalai dan alpa akan usaha memperbanyakkan amalan dan zikir yang sepatutnya. Keluhan 14 hari Ramadhan.

Tidak banyak yang ingin saya tulis di sini tapi ingin berkongsi apa yang saya terbaca tazkirah oleh ust. Zaharuddin...www.zaharuddin.net -

"OBJEKTIF PUASA & ANTI VIRUS DOSA

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Ertinya :
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa ( Al-Baqarah : 183)

Kalimah ‘La'alla' di dalam ayat di atas boleh diterjemah kepada maksud, ‘agar' atau ‘semoga' atau ‘mudah-mudahan'.Kalimah ini menjadi tanda bahawa apa yang selepasnya adalah objektif kepada puasa. Kalimah ini memberi makna, pelaksanaan ibadah puasa mampu membawa seseorang untuk memiliki sifat taqwa, sebuah antivirus kepada segala jenis penyakit hati dan dosa.

Di dalam dunia fizikal dan material. Tanpa anti virus, swine flu, brid flu, Aids dan pelabagai lagi virus boleh menjadi asbab kepada kematian manusia.Tanpa antivirus taqwa, iman dan islam seseorang juga akan mati, sama ada dia seorang kanak-kanak, remaja, dewasa atau tua.Tanpa antivirus taqwa, manusia hari ini menjadi kelam kabut serta hina tanpa pedoman, hidup sering berpura-pura.

Anak berpura-pura baik di hadapan ibu ayah, Murid dan pelajar berpura-pura di hadapan guru dan pensyarahnya, Ibu ayah berpura-pura baik di hadapan anak dan para ustaz, Para ustaz dan ustazah berpura-pura baik di hadapan khalayak ramai Isteri berpura-pura baik di hadapa suami, Suami berpura baik di hadapan isteri Dan berpanjanganlah senarainya.

Semua akibat ketiadaan antivirus dosa, iaitu TAQWA. Kebaikan dan ibadah menjadi bertempat dan bertempoh, tiada istiqamah serta konsisten. Keredhaan dan pujian manusia lain menjadi objektif tertinggi, menyeleweng dari objektif sebenar.


Tatkala itulah hadirnya musim pemulihan, Allah swt sediakan peluang bagi manusia yang sifatnya asyik berdosa dan berpura-pura agar kembali membetulkan punca salah, bajai akar kehidupan dengan iman, sirami ia dengan air TAQWA selaku pencegah kepada kepura-puraan dan kecintaan kepada nikmat sementara dunia serta perbuatan dosa..."


Beberapa perkara yang dapat saya petik dari tazkirah beliau. Mudah-mudahan ada manfaatnya.

Salam Ramadhan ke -15...Wassalam.

Thursday, August 13, 2009

SYAHADAH...Ustaz Asri Rabbani...

Assalamualaikum...

"AL-Fatihah untuk Ustaz Asri Ibrahim yang baru meninggal dunia jam 11am td di Hospital Pantai kerana sakit jantung. Doakan kesejahteraan ruhnya. Amin." sms yang dipercayai dari adik perempuan Us.Asri kepada isteri saya.

Memang terkejut dan terkesima dengan berita pemergian seorang pendakwah. Siapa tak kenal Ustaz Asri Ibrahim kumpulan Rabani. Baru minggu lepas keluar dalam TV 3 ditemuramah wartawan Melodi mengenai kejayaan Konsert Antara Dunia anjuran GAMIS. Dalam perjalanan ke sekolah dalam jam 12 tghri, saya mendapat sms dari isteri mengatakan pemergian Us.Asri . Katanya makluman dari seorang kawan.

Untuk mengesahkan lagi berita saya sms Fizarahman, penerbit album terbaru Rabbani berjudul Nostalgia Nadamurni. Memang sah berita itu katanya dan ketika itu beliau berada di hospital Pantai. Berita perginya Micheal Jackson sedih tapi tiada apa-apa makna buat saya. Perginya Yasmin Ahmad tidak terlalu sedih tapi betapa pilu dan sedih rasanya apabila mendapat khabar berita pemergian seorang pendakwah baik budi pekertinya dan tinggi akhlaqnya malah sentiasa memikirkan cara untuk memperjuangkan Islam melalui nasyid.

Teringat saya ketika di Matrikulasi Nilam Puri bersama sahabat termasuk Fizarahman dan Us. Nazib pergi kerumah kerja mereka di Manjalara KL.Tujuannya pergi nak bertanya kalau2 boleh buat album untuk Izdan Nilam Puri. Beliau memang seorang yang baik dan peramah.

Namun apa yang boleh kita buat, melainkan doa yang dipanjatkan ke Hadrat Ilahi moga ruhnya bersama Para Auliya' dan Solehiin. Apa yang pasti Semua akan mati. Yang lebih penting mati dalam Husnul Khatimah bukanlah Suuul Khatimah. Moga-moga kita semua diberikan Husnul Khatimah olehnya. "Allahummagh firlahu wa 'aafihi wa'fu'anhu..."Amin.


(Ustaz Asri dalam kenangan...)


p/s: teringat lagu Hijjaz untuk sahabat mereka,

....telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami

kerana takdir yang maha esa telah menetapkan....




Monday, August 10, 2009

SOLAT ITU TIANG AGAMA...

Assalamualaikum..

Mahrajan jQAF kuala selangor baru-baru ni berlangsung dengan baik dan jayanya. Dengan kehadiran perasmi iaitu YB Hj Sulaiman bin Abd Razak telah menyerikan lagi majlis. Tambahan pula dengan sumbangan kewangan berjumlah RM 5,000/= yang telah dijanjikan. Alhamdulillah.

(wajah-wajah Johan Dikir barat Bahasa Arab)

Johan peringkat daerah dikir barat SK Bandar Baru KS, kalam jamaie SK Bkt Badong, tilawah lelaki SK Bandar Baru KS, tilawah perempuan SK Assam Jawa dan kuiz SK Assam Jawa. Tahun ni kuala selangor akan menjadi tuan rumah Mahrajan peringkat negeri (kalau jadi)...mudah - mudahan kuala selangor akan peroleh banyak kejayaan. Kalau tak johan pun naib johan jadilah.

(peserta yang mendapat Naib Johan Kalam Jamaie')

Memang berbaloi pergi ke Masjid Wilayah Persekutuan minggu lepas. Bersama dengan beberapa orang sahabat yang mewakili Jabatan Pelajaran Selangor menghadiri Seminar Sains Solat Kebangsaan. Ustaz Zubaidi, Ustaz Affendi dan Ustaz Hamidi turut hadir.

Sebanyak 8 Kertas Kerja dibentangkan iaitu:(1). "Konsep dan Pengamalan Solat 5 Waktu" - oleh Y.Bhg Dr. Muhamad Uthman El-Muhammady dari ISTAC, IIUM(2). "Solat Daripada Perspektif Sains Kepada Otak" - oleh Y.Bhg. En. Ng Siew Cheok, UM(3). "Solat Daripada Perspektif Sains Kepada Sistem Otot"- oleh Y.Bhg. Dr. Ir. Wan Abu Bakar Wan Abbas, UM(4). "Solat Daripada Perspektif Sains Kepada Komposisi Badan"- oleh Y.Bhg. Prof Madya Dr. Fatimah binti Ibrahim, UM.

(bergambar kenangan di hadapan Masjid KL)

Seterusnya (5). "Solat Daripada Perspektif Sains Kepada Denyutan Jantung"- oleh Y.Bhg. Prof Madya Dr. Wan Azman Wan Ahmad, UM(6). "Solat Daripada Perspektif Sains Kepada Sakit Pinggang"- oleh Y.Bhg. Prof Madya Dr. Fatimah binti Ibrahim, UM(7). "Solat Daripada Perspektif Agama"- oleh Y.Bhg. Prof Madya Dr. Anisah Abd Ghani, UM(8). "Solat Daripada Perspektif Sains Kepada Disfungsi Ereksi (Mati Pucuk)"- oleh Y.Bhg. Prof Madya Dr. Fatimah binti Ibrahim, UM.

(bersama sahabat lama tak jumpa..Pegawai JAKIM, Ustaz Hafeez-yang berkot)

Semua kertas kerja yang dibentangkan memang menarik kerana ia berkait dengan kehidupan kita seharian. Bahkan melibatkan tanggungjawab kita sebagai seorang muslim. Dimaklumkan juga kajian yang telah dibuat di Indonesia untuk seramai lebih kurang 30 orang(kalau tak silap) selama 3 bulan, telah dibuktikan bahawa solat tahajjud dapat meningkatkan sistem imuniti badan dan boleh menyelamatkan pesakit kanser. Subhanallah

(Dalam Dewan Serbaguna MAsjid KL...duduk sebelah Us.Afendi mmg tak ngantuk, Us.Zubaidi khusyuk mencatat nota untuk masternya...di samping Us.Hamidi)

Begitulah hebatnya kekuasaan Allah dengan ibadat yang pertama akan disoal di padang mahsyar kelak. Ok setakat ni dulu. Wassalam.

p/s: terserempak dengan Ustazah Anisah...syukur dia masih lagi mengenali muka-muka anak muridnya...tapi wajah Ustazah tetap berseri macam dulu juga.

Monday, July 27, 2009

Mahrajan j-QAF Kuala Selangor 2009

Assalamualaikum,

Pagi tadi selesai bengkel dan mesyuarat hakim-hakim mahrajan j-QAF daerah Kuala Selangor. Tarikh yang telah ditetapkan ialah pada 30 Julai ini iaitu hari khamis. Segalanya berjalan lancar, namun ada juga suara-suara sumbang yang mempertikaikan tindakan Us.Ramli yang ingin menyatupadukan seluruh guru-guru j-QAF Kuala Selangor untuk setahun sekali.

Dalam mesyuarat Jumaat lalu, ada seorang wakil salah sebuah sekolah bertanya, apakah rasionalnya mewajibkan semua guru-guru j-QAF datang untuk memberi sokongan dan memeriahkan mahrajan yang yang diadakan setahun sekali itu. Setelah dirisik-risik rupa-rupanya seorang ustaz yang bertaraf GPK menyoal perkara sedemikian.

Mungkin malas nak buat relief kot...atau mungkin dah ketandusan sangat guru-guru di sekolah tersebut sehingga guru j-QAF tidak dibenarkan keluar. Sedangkan program sukan yang tidak kena mengena dengan guru berkenaan boleh digerakkan guru beramai-ramai keluar ke program tersebut. Wallahu 'alam...fikir-fikirkanlah...

Ok, wassalam.

Mesyuarat Data j-QAF Selangor

Assalamualaikum...

Hari ini genap 12 hari kelahiran Ahmad Eimad Zihni ke dunia ini. Itulah nama yang menjadi pilihan kedua ibi bapanya. Didoakan supaya anak ini menjadi tiang agama yang kukuh dan dengan kekuatan dan kebijaksnaan aqal fikiran yang dikurniakan Yang Esa. Terasa pantas masa berlalu. Segala-galanya selamat sejahtera. Isteri semakin pulih, mungkin hasil daripada pengalaman lepas yang menghadapi sedikit masalah tetapi kali dapat diatasi dengan baik.Alhamdulillah.

Baru-baru ni berbengkel dan bermesyuarat di Pulau Pangor berkaitan dengan e-laporan j-QAF. JU data setiap daerah telah dirahkan untuk menyiapkan data e-laporan yang berkaitan dengan pencapaian murid j-QAF. Bersengkang mata la jugak sampai pukul 3 pagi. Esoknya sambung lagi. Bila ada masalah pula terpaksa mengulang semula proses meng'update' data yang telah dibuat pada malam tadi.
(poster sempena mesyuarat di pangkor...oleh zulhelmi sk tropicana)

Susah juga rupanya nak menghantar data peringkat daerah dek kerana sistem yang berubah-ubah dan banyak kekeliruan. Kalau nak dibandingkan pengisian data diperingkat sekolah lebih senang berbanding daerah. Walaupun peringkat daerah kerjanya hanyalah 'merge' data setiap sekolah tapi banyak prosedurnya.
(bersantai di tepi kolam...sambil makan kuaci)

Namun, alhamdulillah ada kawan-kawan yang membantu. Hari yang terakhir di Pangkor, baru dapat serahkan semua data yang dah diproses. Alhamdulillah.
(kalau dah gembira, beginilah jadinya...tak de la, ni kami sedang beriadhah)
Ok wassalam.

Wednesday, July 15, 2009

Cahaya mata ku...

Rabu 15 Julai 2009: Assalamualaikum...

Sebelum ini, saya telah memberitakan tentang wabak H1N1 di sekolah saya. Alhamdulillah, wabak itu hanya positif pada 2 orang murid sahaja dan murid2 lain serta guru yang disyaki semuanya negatif H1N1. Setelah 2 hari (jumaat dan isnin) penurunan kehadiran murid yang terlalu mendadak, Selasa lalu telah menunjukkan peningkatan pada jumlah kehadiran murid. Ini juga hasil daripada sikap ibubapa yang agak percaya pada situasi terkini sekolah dan agak meyakinkan. Ameen ya rabb...

Bagi saya pula, hari ini adalah hari bersejarah untuk saya sekeluarga. Saat yang dinanti-nantikan telah tiba. Adik kepada Irfan Zuhdi telah keluar menjengah alam semesta. Jam 12.50pm terdengar bunyi tangisan anak (yang belum diberikan nama...kalau ada cadangan?) kurniaan ilahi sebagai permata berharga yang perlu dihargai.
(si ibu sedang bersiap sedia dalam 'labour room' menantikan saat yang penuh dugaan dan cabaran...)

Setelah bertarung hampir lebih kurang 2 jam dengan 'major contraction', isteri saya (yang tercinta...) berjaya membuat teranan terakhir. Akhirnya lahirlah permata hati yang kedua. Bagi isteri saya, katanya anak kedua kali ini agak berlainan pengalaman yang dilalui apabila 'contraction' yang berlaku agak kerap dan kuat. Sedangkan semasa kelahiran Irfan Zuhdi dahulu memang sebaliknya.
(ibu yang bahagia dengan kelahiran yang ditunggu-tunggu...)
Walau apapun yang berlaku, kami redha dengan ketentuan illahi yang telah mengurniakan anak lelaki (muzakkar) yang normal dan sihat. Belum ada tanda-tanda kuning. Doktor Zarul Azham, maklumkan esok baru dapat diketahui keputusan ujian darah anak. Harap2 semuanya sihat dan selamat. Terima kasih semua yang mendoakan kami. Esok adalah hari yang lebih gembira dan bahagia apabila Irfan Zuhdi buat pertama kali akan bertemu adik yang selama ini hanya dapat dicium pada perut ibunya sahaja. Teruja ingin melihat reaksi pertama Irfan. Tunggu...
(inilah wajah bakal pejuang Islam yang baru dilahirkan...menggerunkan musuh2 Allah..insyaAllah)
Ok setakat ini dulu sahabat sekelian, wassalam.

Friday, July 10, 2009

GEMPAR...H1N1...na'uuzubilLah...

Assalamualaikum.

Hari ini telah bermula kuarantin bagi Kelas 1 Dinamik dan penghuninya begitu juga tahun 4 Cekal. Akibat daripada 2 orang murid telah disahkan menghidap Influenza A H1N1. Berita gempar ini telah tersebar luas sejak semalam lagi apabila pihak Jabatan Kesihatan Daerah telah datang ke sekolah saya untuk membuat pemeriksaan. Guru - guru termasuk saya menjadi panik gara-gara mengingat kembali sama ada telah mengajar atau tidak murid tersebut dalam minggu ni.

(notis perintah dari PKD KS yang ditampal pagi tadi)

Murid tersebut dikatakan telah dijangkiti sejak Ahad lagi dan dia telah datang ke sekolah pada hari Isnin dan Selasa. Pada hari seterusnya dia tidak datang sekolah kerana demam. Kebetulan saya masuk ke kelas tersebut pada hari Khamis.

Namun, seorang guru j-QAF telah disyaki mengidap (belum disahkan lagi, jam 6pm ni akan disahkan)wabak tersebut disebabkan telah berlaku kontak secara langsung dengan murid tersebut dan beliau telah demam dan selsema dalam 2-3 hari ini. Beliau telah diarahkan untuk membuat pemeriksaan bersama 2 orang lagi guru termasuk guru kelas berkenaan.
(plastik rentang yang menandakan larangan sebarang aktiviti kelar-masuk ke kelas tersebut)

Pagi tadi pihak Jabatan Kesihatan Daerah Kuala Selangor telah datang untuk mengeluarkan Perintah Kuarantin di bawah Seksyen 15(1)Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Kelas tersebut juga telah ditutup pagi tadi. Berita ini juga telah tersebar luas dikalangan murid dan ibu bapa. Walaupun kedua-dua kelas itu adalah sekolah sesi pagi, murid sesi petang juga terasa tempiasnya. Buktinya daripada 12 kelas tahun 2 dan 3, yang tinggal hanya 1 kelas untuk thn 2 dan 1 kelas thn 3. P&P berjalan seperti biasa namun guru-guru bergilir-gilir relief kelas kerana semua kelas telah digabungkan.
(keadaan kelas yang telah dikuarantin)

Setiap murid yang dikuarantin dirumah telah diberikan satu surat supaya mereka berada di rumah dan dilarang meninggalkan rumah bagi tujuan membeli belah, bersiar-siar atau ke tempat awam. Jika mereka tinggal serumah dengan adik beradik yang belum dijangkiti mereka dilarang bermain mahupun tidur sebilik. Itulah antara langkah -langkah pencegahan yang harus diambil. Demi menjaga kesihatan semua.

(notis perintah sepenuhnya...)

Berkenaan dengan sahabat j-QAF dan 2 orang guru berkenaan, keputusan mereka akan diketahui dalam jam 6 pm ini dan jika didapati salah seorang guru telah dijangkiti...diberitakan bahawa sekolah saya akan diberikan cuti kuarantin selama seminggu. Mungkin seperti khabar gembira tetapi sebenarnya ia satu musibah yang patut kita doakan agar ia tidak berlaku. Wabak yang boleh membawa maut ini belum lagi ditemui penawarnya.

Mujurlah serangan H1N1 di sekolah saya ini bukanlah berpunca dari sebaran secara terus dari luar negara tetapi ia dikategorikan sebagai 'imported' kes yang mana mangsa - mangsa bukanlah orang yang ke luar negara tetapi orang sekeliling atau pun saudara mara. Berita baiknya ialah wabak dalam kes ini masih boleh dikawal.
(murid-murid tahun 2 yang datang tak sampai satu kelas...daripada 5 kelas keseluruhannya)

Marilah sama-sama kita berdoa agar segalanya diselamatkan ALLAH swt. Saya pula, alhamdulillah...tiada sebarang tanda yang mencurigakan dan begitu juga tiada kontak dengan yang telah disahkan dijangkiti mahupun yang telah disyaki dijangkiti. Alhamdulillah again,sebab dalam menunggu hari-hari kehadiran orang baru dalam keluarga...seminggu ni adalah saat-saat genting yang perlu sentiasa berada di sisi isteri tercinta.

Sebagai langkah berjaga-jaga, sekiranya kita dalam situasi begini dan mengidap demam atau selsema jangan teragak-agak untuk terus berjumpa dengan doktor. Supaya langkah pencegahan lebih senang dilakukan kerana masih dalam peringkat awal.

Ya Allah, jauhkanlah kami dari penyakit berjangkit dan sejahterakanlah hidup kami di dunia dan di akhirat. Ameen.

Jumpa lagi, wassalam.

Tuesday, July 7, 2009

Kembali daa...maaf semua.

Assalamualaikum,

Terasa gatal tangan sebab dah lama nak menaip tapi tak dapat-dapat. Apa yang saya boleh katakan hanyalah memohon maaf dari sahabat semua yang mungkin tertanya-tanya. Kemanakah menghilangnya nukilan saya dan tak update blog dalam jangka masa sebulan. Biasalah kalau laptop dah agak berusia, masalah pasti menjengah jua. Apa pun saya kembali.
(gambar kenangan di Pasar Malam kat Cameron Highland..baru2 nih..memang best..mesti cuba!)


Terasa rindu pun ada cemburu pun ada..dengan sahabat2 yang dapat hadir 'gathering' AQRAB yang telah berlangsung di Putrajaya. Maaf juga sekali lagi. Kisah sebenarnya, saya dan family sudah pun 'bersiap' nak keluar . Namun situasi yang berlaku apabila nak melangkah keluar dari rumah tidak mengizinkan kami berbuat begitu. Keadaan agak mencemaskan. Isteri saya yang sudah hampir 'due date'nya terasa 'minor contraction' dalam kandungannya. Terpaksalah berehat dan saya nasihatkan dia supaya berbaring sebentar. Akhirnya niat yang telah dirancang sebelum ni terpaksalah dibatalkan. Bimbang kalau apa2 berlaku dalam perjalanan. Namun sampai sekarang belum lagi ada tanda2 kelahiran. Apa2 pun doakanlah kami sekeluarga sejahtera hendaknya. Kandungan pun sekarang dah masuk minggu ke-37. Pagi tadi check-up klinik nasihatkan supaya bersiap sedia..on your mark...get set...


(Irfan Zuhdi bersama koleksi kaktus Cameron Highland..memang indah..subhanallah..mesti tengok!)


Terasa pening juga kepala dengan data e-laporan yang baru sahaja selesai dihantar ke PPD untuk sebahagian sekolah di Daerah Kuala Selangor...alhamdulillah(ada juga yang belum hantar tu),dengan memikirkan idea nak menghias bilik jqaf (bagi orang yang tak pandai sangat dalam bab menghias),mahrajan jqaf peringkat daerah (yang tertangguh...tp dalam bulan julai jg insyaALLAH kata Us.Ramli),mahrajan peringkat negeri yang sepatutnya berlangsung hujung julai.....dan dalam minggu ni jadi security makmal komputer untuk permainan komputer sempena Karnival Usahawan SKPA 2009. Walau apa jua tugasan yang datang,pasti buat yang terbaik bukan kerna wang ringgit tapi kerna diri ini seorang pendidik.

(satu-satunya buah strawberi yang dijumpai..yg lain dah habis dipetik orang..petik sendiri tuh..)

Terasa juga nak tahu, perkembangan terkini dengan hal ehwal jqaf. Mungkin hasil dapatan Us.hamidi, us.zubaidi dan yang lain-lain boleh kita kongsi bersama. Maklum la ana takdak rezki kali ni. Tak gitu us.zubaidi(cantik blog)...hehehe.. Walau apa pun, segala maklumat yang dapat moga mendapat berkat dan rahmat buat semua. Thank you banyak2.


(ni lah Proton Exora yang membawa kami sekeluarga..ke Cameron Highland..alhamdulillah..boleh tahan gak..)

Terasa setakat ni saja yang dapat dinukilkan. InsyaAllah jumpa lagi.

Wassalam.

Tuesday, June 2, 2009

ALhamdulillah....sampai ke tanah suci.

Assalamualaikum...

Setelah 4 hari menyepi, sebentar tadi saya baru sahaja dapat menghubungi ustaz muaz mutawwif yang bertanggungjawab terhadap perjalanan umrah kedua ibu bapa saya disana. 4 hari yang lalu merupakan hari-hari yang penuh cubaan dan dugaan untuk saya. Bermula dengan hari sabtu iaitu jadual kedua yang sepatutnya diikuti oleh orang tua saya untuk berangkat ke tanah suci dan keberangkatan mereka ke tanah suci menjadi realiti pada hari esoknya, ahad.

Isninnya terus ke Perak untuk meraikan kenduri yang telah berlangsung pada hari ahad.Selasa menemani isteri ke klinik kesihatan untuk 'check-up' kandungan untuk mingu yang ke-32. Alhamdulillah...baby sihat walafiat.

Jadual yang agak padat. Itulah yang tidak mengizinkan saya untuk meng'update' berita dan kisah baru dalam blog ini. Namun apa pun yang telah saya lalui...yang paling penting mak dan abah saya selamat ti ba di Madinah jam 8.00 mlm waktu Arab Saudi menaiki penerbangan Yemen Air.

Terkejut juga pada mulanya mendengar penerbangan yang sepatutnya Saudi Air telah bertukar. Penerbangan yang singgah di Jakarta dan Dubai tanpa transit dan singgah di Sana'a transit selama 2j45m(setakat yang diberitahu).Namun hati tetap reda dan berserah pada Allah kerna ini tujuan suci dan segalanya ketentuan Illahi.

Apa-apa pun dalam meneruskan ibadah yang penting keikhlasan dan pasrah kita padaNya. Dan terima kasih kepada semua yang mendoakan.Wassalam.

Friday, May 29, 2009

Selamat Bercuti....

Assalamualaikum....
Hari ni berakhirlah sesi persekolahan penggal pertama. Bukan sahaja murid-murid yang akan menikmati cuti 2 minggu nanti tapi warga pendidik juga tersenyum lebar dengan berakhirnya sesi persekolahan hari ini. Bagi saya banyak yang terfikir dalam kepala apa yang nak dibuat sepanjang cuti nanti.

Esok sabtu, kena hantar mak dan abah ke KLIA untuk berlepas ke Tanah Suci bagi mengerjakan umrah.Sepatutnya ahad berlepas tapi telah di"foward"kan oleh Hijjaz Legend T&T ke hari sabtu selepas satu masalah yang tidak dijangka berlaku yang sepatutnya berlepas malam ni,Jumaat 9.20 malam.Walaupun pelbagai situasi yang terpaksa dihadapi dengan penuh beremosi dan bersabar. Segalanya redha. Apa yang penting kedua orang tua dapat pergi dan balik dengan selamat dan melihat kaabah al-musyrifah..

Semalam,lepas balik dari Mesyuarat Penyelarasan Data E-Laporan di Jabatan Pelajaran Selangor...terus ajak zaujah ke tesco bawa irfan sekali tengok-tengok modem brdbnd wireless.Akhirnya jumpa gak, selepas memikirkan selama ni pinjam je...guna la yang sendiri plak.Alhamdulillah ada rezeki,jd manfaatkanlah.Harga RM 260... bulan-bulan RM 68,ok gak...takde contract yang mengikat tempoh-tempoh tertentu.Jadi ni yang baru dapat guna ni.InsyaAllah, mudah-mudahan dapat digunakan demi mencari keredhaan dan keberkatan dari Allah swt.

Lepas ni macam-macam lagi kerja yang kena buat...untuk sahabat-sahabat yang warga pendidik tu,manfaatkanlah cutimu sebaiknya. Bagi yang bukan, teruskan keikhlasan sebaiknya.

Wassalam.

p/s: anak Midi nama Asma' ke? cantik nama tu...baarakaLlahufiik...

Tuesday, May 26, 2009

Teratak hijjaz, sg merab ke Putrajaya...

Ahad lepas mak dan abah saya datang dari perlis untuk kursus umrah yang diadakan di teratak hijjaz. Bertolak dari kuala selangor jam 5 pg demi memastikan sampai di KL sentral jam 7 pg. Alhamdulillah jam 7.10 dah sampai ke KL sentral meskipun bertolak dr rumah terlewat 45 mnt. Puas ibunya nak mengejutkan irfan last2 papanya angkat irfan terus masuk dalam kereta.

illustrasi dalam kaabah

Sampai di KL sentral terus ambil mak dan abah bertolak ke putrajaya seperti yang telah dimaklumkan bahawa teratak hijjaz terletak di presint 11 putrajaya. Sampai di presint 11 satu teratak pun tak jumpa. Terus la menuju ke balai polis tapi bila tanya polis pun katanya tak wujud teratak hijjaz dan tak pernah dengar pun.Apalagi terulat2lah sebentar sambil2 menghubungi pegawai teratak hijjaz yang belum berangkat telefonnya.maklumlah baru jam 7.15pg..

pandangan sebenar dalam kaabah

Akhirnya telefon pun berangkat dalam jam 7.45pg ,katanya bukan presint 11 tapi presint 16 plak.hahahaha...apa ni lawak antarabangsa ke,dipendekkan cerita terus lah kami menuju ke pre 16 yang berhampiran dengan alamanda...pegawai tadi memberi arahan terus menuju ke PICC (teringat masa ambil anugerah cemerlang maktab dulu...) tapi tak sampai PICC pusing balik ke pre 16. Dalam hati menyumpah seranah pegawai tuh tapi sabar je lah katanya lagi jalan nak ke SM teknik Sepang plak...berpusing-pusing.

Bila dah kata SMT sepang apa lagi saya pun terus keluar dari putrajaya menuju ke sg.merab...dan pusing-pusing tak sampai 15 mnt sampai pun di teratak hijjaz. Pada awalnya kami dah sampai di Putrajaya jam 8.15 pg akhirnya sampai di teratak hijjaz jam 9.00 pg...hampir sejam melayan penunjuk arah yang entah apa-apa....

Kesimpulannya...bukan senang nak ikut arahan yang kurang jelas dan tak tepat. Apa yang kita lalui di dunia hanyalah satu perjalanan belum pasti sampai atau tidak. Umrah Hijjaz tu 31 hb Mei ni. Doakanlah mak dan abah saya selamat sampai ke tanah suci.Selepas 19 tahun mengerjakan haji. Azral kalau boleh tolong tu.....tolong la ye.

ok setakat ni dulu.wslm

Seribu kemaafan...dan tahniah...

Assalamualaikum....
Maaf buat sahabat2 yang masuk blog ni tapi tak update...bukan sengaja cuma broadbandnya kgsi dengan seorang guru jqaf disekolah. jadi tak dapat la nak update mengkut kehendak sendiri. kena la ikut rentak pemiliknya...tapi semalam dah bincang dengan isteri akan dapatkan juga dalam masa seminggu...harap-harapnya termakbul.

Tahniah plak untuk hamidi yang dah selamat menimang anak ketiga..anugerah allah yang tak ternilai..sempurna sifatnya. selepas ni giliran diri sendiri untuk kuatkan semangat diri dan ibadat yang tak lama lagi tgh tunggu kelahiran kedua.

Sama-sama lah kita doakan agar generasi pewaris masa depan selamat semuanya. Dah nak pegi sekolah ni....sekolah petang.wassalam

p/s: Azral tq 4 ur advice...

Monday, May 18, 2009

Selamat Hari dilahirkan....sehingga menjadi Guru...

Selasa 3.00am Hepi Besday

Detik 12 malam tadi genaplah hamba Allah yang sedang menaip ni 30thn. Pejam celik-pejam celik dah menjangkau umur 30...membuatkan rasa diri semakin berusia. Macam biasa tunggu hamidi 'wish' hepi besday...seorang sahabt yang jarang terlupa wish besday selepas zaujah saya sendiri - Baru je lepas wish nih, tq darling- Membuatkan saya memahami erti ucapan itu...mengucapkan selamat bukan sekadar ucapan tetapi melambangkan betapa seseorang itu sentiasa mendoakan kesejahteraan kepada kita.Sampai saya pun dah agak termalu la kalau tak balas wish besday kat hamidi...

zaujah dan sahabat guru seperjuangannya(zaujah pertama dari kiri)

Semalam pegi tesco kuala selangor.Jalan2 cari hadiah hari guru utk tukar-tukar hadiah. Sambil2 jalan tuh zaujah berhajat nak beli kek besday tp saya yang menolak. Suruh dia beli esok jer.beli yang lagi special. Zaujah kata nak surprise 'besday boy'.ok gak tuh.

sk puncak alam...sekolahku...cantik tak?....

Apa2 je lah... dalam dok jalan2 tuh terjumpa barang yang sesuai dijadikan hadiah hari guru. Besar dan harga yang ekonomi. Usung la saya benda yang sederhana berat ke kaunter yang agak jauh tuh. Sampai di kaunter bila nak bayar...'bang, barang ni takde bar code.abang kena ambik yang lain' kata cashier tu. dah la tempat barang tu jauh, besar plak tu barangnya....sudahnya tinggal camtu ja. balik la tanpa hadiah hari guru.....tapi tadi dah beli pun hadiahnya kat tg.krg...very misteri but unik dan jarang orang bagi benda tu.... Mudah2an akan menjadi kenang-kenangan yang menarik untuk tahun 2009.

anak-anak murid sekolah lama...kenangan sebelum berpisah...selamat hari guru...

pasukan dikir barat sekolah zaujah...guru berkorban demi kejayaan muridnya...

Sempena Hari Guru ni jugak, kalau kita berkesempatan bertemu dengan guru-guru kita masa di sekolah dulu, jangan lupa ucap selamat pada mereka.tanpa mereka kemanalah kita agaknya. Tak kira apa jua bidang guru guru kita. Hatta guru blog pun ok gak.Selamat Hari Guru pada Guru Blog Saya.ok adioas...

Buat Sahabat2 terutamanya yang dah lama jangan lupa reply blog saya nih.baru saya mampu membuat 'improvment'yang lebih aktif. Yang dah mula masuk tuh tq so much. Wassalam.

Generasi Aqrab bertambah-tambah...

Isnin 18.05.09. 1430pm (sblm masuk kelas)

ALhamdulillah...syukur rasanya dengan bertambah generasi pewaris Aqrab yang semakin ramai. Baca cerita us.hamidi dalam blog dia dapat juga menyelami pengalaman saat-saat menanti kelahiran. Saya pun sedang menunggu cahaya mata yang kedua. Tahun 2007 tahun yang mendebarkan bagi saya dan isteri. Maklumlah 'first time'
ni irfan...baru-baru keluar...
menyambut. Sampai di Hospital Razif Klang sehari lebih awal. Hari Khamis. Hari Jumaat baru Irfan keluar. Saja dia nak tunggu Jumaat gak. Cam papa dia. Apa pun bulan Julai 2009 ni akan berulang episod mendebarkan itu cuma yang membezakan hanyalah pengalaman. Selalu solat dhuha, baca al-quran, banyakkan selawat mudah-mudahan segalanya dipermudahkan.. Wallahua'lam.

ni irfan masa debab...sekarang dah slim..aktif sangat..

Friday, May 15, 2009

Siap - siap nak balik...


8.00 am Jumaat


Hari ni hari terakhir saya dan sahabat-sahabat berada di Seri Malaysia. Malam tadi pembentangan yang dipersembahkan agak panas. Bermula dengan pembentangan dari kumpulan 1 sampai la kumpulan 6. Semuanya ada kekuatan dan kelemahan masing - masing. Apa yang penting semua kumpulan menjurus kearah menyediakan satu sistem yang boleh memudahkan guru-guru pendidikan islam membuat pentaksiran yang tidak bertindan @ 'overlap' sehingga membolehkan GPI lebih memberi fokus untuk meningkatkan pengetahuan dan pengamalan pendidikan dalam jiwa anak-anak didik. Bukan disibukkan dengan kerja-kerja pengkeranian yang ntah apa-apa. Namun dari pemerhatian dan keterlibatan saya dalam pembentangan itu. Masih lagi ada yang suka melakukan 2-3 kerja. Sedangan ia boleh disepadukan. Tapi selepas ini akan ada kursus - kursus pemurnian untuk mencantikkan lagi sistem - sistem yang telah dicadangkan. Harapnya apa yang dicadangkan menjadi realiti. Pasni mungkin ustaz saiful kahar-moderator
boleh balik dengan hati yang lapang. Bertolak balik dalam pukul 10@11 am mungkin. InsyaALlah. "Ya Allah Selamtkanlah Perjalananku ini...". Wassalam.

Berjaya jugak memblog...

12.30am Jumaat

Hari ini di Seri Malaysia baru sempurna pembikinan blog saya. Alhamdulillah duduk pulak sebilik dengan midi. Dapat sambung belajar nak cantikkan blog. Tu yang boleh publish gak tuh. Sekali lagi alhamdulillah, dapat sebaris dengan sahabat - sahabat blogger yang dah lama menapak. Harap - harap dapat bagi sokongan kat saya untuk terus memblog. Kalau bleh kita kongsi la apa-apa yang menarik dan bermanfaat bersama. Terutama yang boleh memanfaatkan bukan setakat blog tapi merangkumi Islam dan negara kita....wah besar tuh. Insya ALlah.
ni la tokguru blognya, cam dr.fadzilah kamsah plak...

Hotel Seri Malaysia...here we come...

3 jam perjalanan saya dari Kuala Selangor ke Bagan Lalang, Sepang. Dalam perjalanan dengan WSN 2721, singgah sekejap di Klang. Jemput Hamidi di Taman Bukit Jati....pergi berdua senang sikit ada teman dalam perjalanan. Tak boring dan tak mengantuk. Macam - macam isu yang boleh bincang. Dari isu pendidikan sampailah ke isu Proton Exora. Apa - apa pun alhamdulillah selamat sampai di Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang Sepang.


baru lepas pembentangan...

Sebenarnya kehadiran kami di Seri Malaysia untuk Kursus Pentaksiran Pendidikan Islam Peringkat Negeri Selangor. Sampai hari Jumaat. Tapi dok blur lagi apa yang nak dibuat dalam kursus ni. Harap - harap dapat sesuatu yang bermanfaat bila balik nanti. Wallahu 'Alam



bergambar dengan hamidi, orang hebat jqaf selangor

Ok. Jumpa di lain masa. Wassalam