Friday, July 9, 2010

Sakit Mata lagi...uhuks...

Assalamualaikum...

Kelmarin sampai rumah dari kursus gembira ada...sedih pun ada....Yang gembiranya dapat jumpa isteri dan anak2 tapi bila tengok mata anak2...dua-dua skali kena sakit mata. Terutama pada baby yang matanya dah berair..

Kalau ada sahabat yang ada petua, untuk sakit mata nih..kabar-kabarkanlah ye...

wassalam.

Wednesday, July 7, 2010

SK, SP, DS, dll....

Assalamualaikum...

Perubahan yang akan dilakukan agak drastik...namun segalanya perlu dihadam dan dicernakan oleh guru-guru dengan baik dan penuh penghayatan. Inilah pengorbanan namanya...Pengorbanan hati dan perasaan yang perlu dilalui oleh guru walaupun pahit untuk ditelan.

Kursus untuk guru-guru insyaAllah akan bermula setelah peruntukan dari BPG turun. Mungkin selepas Aidilfitri. maka akan bertemulah kita dengan SK, SP, DS, EMK, PIPT dan banyak lagi...

Setelah 10 tahun KBSR tidak diubah KSSR datang memberi suatu perubahan paradigma. Sudah pasti pelbagai pandangan dan persepsi terhadap sesuatu yang baru. Namun mesti di ingat setiap sesuatu pasti ada kelebihan dan kekurangan. Apa yang penting berfikirlah dengan positif dan bertindaklah dengan positif.

SK ialah Standard Kandungan, SP, Standard Pembelajaran, DS ; Dokumen Standard, EMK; Elemen merentas Kurikulum, Fasa PIPT; fasa Persediaan, Fasa Imaginasi, fasa Perkembangan dan Fasa Tindakan....Segalanya insyaAllah pasti bermula 2011.

Sekian Wassalam...

Tuesday, July 6, 2010

Salam semua...KSSR 2011...



Assalamualaikum...
Lama tak update post nih, minta maaf banyak 2 kepada semua. Bukan sengaja tapi brdband wireless buat hal...asyik slow ja...jd tuannya pun makin slow gk. Apa-apa pun alhamdulillah dapat teruskan juga update. Kira dah cukup baik.

5-7 hb ni saya dan beberapa rakan berada di kursus KSSR (Kurikulum Standard Sek Ren) utk tahun Satu di Sepang. Mengikut maklumat yang diperoleh, 2011 tahun 1 akan menggunakan Kurikulum yang melalui sedikit perubahan. Yang penting perubahan ke arah kebaikan dan lebih efisyen. Alhamdulillah, jika dapat dilaksanakan dan dipraktikkan dengan baik, kemungkinan besar pendidikan Islam dan pedagoginya pasti akan mendapat sentuhan baru.

Apa yang penting keterbukaan dan berlapang dada. Terima dengan pemikiran positif dan tidak fokus untuk mencari kelemahan dan ancaman. Utamakan kekuatan dan peluang yang ada selari dengan hasrat kita semua untuk melihat masa depan anak-anak Islam tidak terjerumus ke kancah keruntuhan akhlaq.

Hanya Allah yang menentukan segalanya tapi insan wajib berusaha dan berdoa. Wassalam..

Sunday, January 31, 2010

Kalimah ALLAH dan JANGAN tinggal SOLAT...



Assalamualaikum...


Alangkah indahnya jika tindakan mempertahankan kalimah ALLAH pada sesetengah pihak diaplikasikan juga dalam gesaan JANGAN TINGAL SOLAT. Dengan sepanduknya...laungan takbirnya...kenyataan akhbar yang agresif...terpancar di wajah jurucakap akan teguh pendiriannya...dan pelbagai lagi reaksi yang dapat kita tonton dalam tv.


"Asyiddaau 'alal kuffar, ruhamaau bainahum"...berkali-kali saya dengar dicorong radio sepanjang perjalanan balik dari sekolah. Masyarakat Islam di Malaysia sebilangannya dilihat menggunakan ungkapan ini pada ayat yang pertama sahaja apabila berhadapan isu kalimah ALLAH . Bertegas terhadap orang kafir.


Sebaliknya berbuat baik dan berkasih sayang sesama umat Islam pada ayat yang seterusnya jarang dipraktikkan dalam erti kata mengajak sebahagian manusia yang meninggalkan solat agar mendirikannya.


Di stadium bolasepak, pasaraya menjelang maghrib (kerana tempoh waktunya singkat), bergembira ketika hari keluarga, majlis@mesyuarat agung yang melangkaui waktu zohor hingga jam 3-4 ptg dan banyak lagi situasi yang sering kita lihat. Sedangkan bagi mereka yang meninggalkan solat dalam situasi tersebut tidak dilihat sebagai sesuatu yang perlu ditegur. Masing-masing dengan urusan masing-masing. Tiada laungan, tiada gesaan, tiada kenyataan akhbar dan seumpamanya.


Jika situasi agresif yang sama ditunjukkan dalam menggesa umat Islam agar jangan meninggalkan solat, saya rasa kalimah apa sekalipun yang digunapakai oleh kuffar tidak akan memberi kesan pada pegangan Aqidah umat Islam.


Setakat itu dahulu. tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah mati...sekadar luahan rasa.. jumpa lagi,wassalam.

Saturday, January 9, 2010

bertakafullah...

Assalamualaikum....

SK Puncak Alam telah didatangi wakil MCIS Zurich yang menjadi insurans rasmi untuk CEUPACS (katanya...) secara rasmi. Namun saya agak ragu-ragu dengan kehalalan takaful yang didakwa mengikut syariah...saya temui artikel dibawah dalam website UZAR sebagai penguat keputusan untuk tidak menyertai MCIS Zurich...

Ramai pengguna terkeliru dengan status MCIS Zurich Insurance, ada sebahagian daripada mereka bertanya kepada saya serta bertegas kononnya MCIS adalah halal dari sudut hukum Islam kerana mempunyai penasihat Syariah. Namun demikian, telah saya jelaskan berkali-kali, penasihat Syariah MCIS hanya menjaga bab saham amanah yang diterbitkan oleh syarikat terbabit dan bukannya berautoriti menyemak system insuran MCIS. Ramai juga yang tidak berpuas hati dengan penjelasan saya.

Telah saya jelaskan berkenaan hal ini dalam artikel dan juga respon di ruangan komentar. Buka dan baca pelbagai respond saya berkenaan hal ini dari pelbagai pihak di link .

Malah isu syarikat Insuran Konvensional yang mempunyai beberapa dana pelaburan patuh Syariah ini telah saya tuliskan sebelum ini. Alhamdulillah, kini hasil dedikasi kajian dan usaha seorang sahabat, kini status Insuran MCIS Zurich sama ada ia ia pengendali insuran halal (takaful) atau sebuah insuran konvensional yang beroperasi tanpa menuruti Syariah terjawab.

Berikut adalah jawapan rasmi pihak Bank Negara Malaysia, sebagai respon kepada soalan khusus yang diutarakan oleh seorang yang prihatin.


Ini pula jawapan Bank Negara Malaysia pada 26 Febuari 2009 kepada saya ( iaitu penulis asal info ini bukan UZAR) melalui emel ;

Soalan saya :
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Saya ingin bertanya :
Agen Company MCIS Zurich Insurance mendakwa company ini mempunyai Panel Syariah. Ada ditunjukkan gambar panel berkenaan pada saya. Dan agen ini mendakwa semua product-product MCIS ini adalah halal. Saya keliru status sebenar sama ada ia benar-benar halal atau sebaliknya. Setahu saya yang ada lesen TAKAFUL sahaja yang halal.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
JAWAPAN DARI BANK NEGARA

Kami merujuk e-mel tuan bertarikh 21 Februari 2009 mengenai perkara di atas.

Untuk makluman tuan, MCIS Zurich Insurance (MCIS) didaftarkan dibawah Akta Insurans 1996 dan bukannya dibawah Akta Takaful 1984. Oleh yang demikian, MCIS bukanlah salah satu pengendali takaful yang didaftarkan dibawah Akta Takaful 1984 dan yang dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia untuk memasarkan produk-produk yang berlandarkan shariah.

Kekeliruan terjadi apabila produk yang dipasarkan bertujuan sebagai pelaburan (investment) dan perlindungan (protection). Walaupun bahagian pelaburan produk perkenaan adalah berlandarkan shariah tetapi bahagian perlindungan yang diberikan oleh pengendali insurans tersebut bukanlah berlandaskan shariah, dimana perlindungan yang diberikan masih terdapat unsur-unsur gharar, judi dan riba. Oleh kerana kedua-dua elemen ini berada dalam satu produk, maka, produk ini tidak dikategorikan sebagai produk yang berlandaskan shariah.

Sekian, terima kasih.

Noor Shuhaila Hj Johari
BNMTELELINK
Jabatan Komunikasi Korporat
Bank Negara Malaysia
No Tel : 1-300-88-5465
No Faks : 03-21741515