Tuesday, June 2, 2009

ALhamdulillah....sampai ke tanah suci.

Assalamualaikum...

Setelah 4 hari menyepi, sebentar tadi saya baru sahaja dapat menghubungi ustaz muaz mutawwif yang bertanggungjawab terhadap perjalanan umrah kedua ibu bapa saya disana. 4 hari yang lalu merupakan hari-hari yang penuh cubaan dan dugaan untuk saya. Bermula dengan hari sabtu iaitu jadual kedua yang sepatutnya diikuti oleh orang tua saya untuk berangkat ke tanah suci dan keberangkatan mereka ke tanah suci menjadi realiti pada hari esoknya, ahad.

Isninnya terus ke Perak untuk meraikan kenduri yang telah berlangsung pada hari ahad.Selasa menemani isteri ke klinik kesihatan untuk 'check-up' kandungan untuk mingu yang ke-32. Alhamdulillah...baby sihat walafiat.

Jadual yang agak padat. Itulah yang tidak mengizinkan saya untuk meng'update' berita dan kisah baru dalam blog ini. Namun apa pun yang telah saya lalui...yang paling penting mak dan abah saya selamat ti ba di Madinah jam 8.00 mlm waktu Arab Saudi menaiki penerbangan Yemen Air.

Terkejut juga pada mulanya mendengar penerbangan yang sepatutnya Saudi Air telah bertukar. Penerbangan yang singgah di Jakarta dan Dubai tanpa transit dan singgah di Sana'a transit selama 2j45m(setakat yang diberitahu).Namun hati tetap reda dan berserah pada Allah kerna ini tujuan suci dan segalanya ketentuan Illahi.

Apa-apa pun dalam meneruskan ibadah yang penting keikhlasan dan pasrah kita padaNya. Dan terima kasih kepada semua yang mendoakan.Wassalam.