Friday, July 10, 2009

GEMPAR...H1N1...na'uuzubilLah...

Assalamualaikum.

Hari ini telah bermula kuarantin bagi Kelas 1 Dinamik dan penghuninya begitu juga tahun 4 Cekal. Akibat daripada 2 orang murid telah disahkan menghidap Influenza A H1N1. Berita gempar ini telah tersebar luas sejak semalam lagi apabila pihak Jabatan Kesihatan Daerah telah datang ke sekolah saya untuk membuat pemeriksaan. Guru - guru termasuk saya menjadi panik gara-gara mengingat kembali sama ada telah mengajar atau tidak murid tersebut dalam minggu ni.

(notis perintah dari PKD KS yang ditampal pagi tadi)

Murid tersebut dikatakan telah dijangkiti sejak Ahad lagi dan dia telah datang ke sekolah pada hari Isnin dan Selasa. Pada hari seterusnya dia tidak datang sekolah kerana demam. Kebetulan saya masuk ke kelas tersebut pada hari Khamis.

Namun, seorang guru j-QAF telah disyaki mengidap (belum disahkan lagi, jam 6pm ni akan disahkan)wabak tersebut disebabkan telah berlaku kontak secara langsung dengan murid tersebut dan beliau telah demam dan selsema dalam 2-3 hari ini. Beliau telah diarahkan untuk membuat pemeriksaan bersama 2 orang lagi guru termasuk guru kelas berkenaan.
(plastik rentang yang menandakan larangan sebarang aktiviti kelar-masuk ke kelas tersebut)

Pagi tadi pihak Jabatan Kesihatan Daerah Kuala Selangor telah datang untuk mengeluarkan Perintah Kuarantin di bawah Seksyen 15(1)Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Kelas tersebut juga telah ditutup pagi tadi. Berita ini juga telah tersebar luas dikalangan murid dan ibu bapa. Walaupun kedua-dua kelas itu adalah sekolah sesi pagi, murid sesi petang juga terasa tempiasnya. Buktinya daripada 12 kelas tahun 2 dan 3, yang tinggal hanya 1 kelas untuk thn 2 dan 1 kelas thn 3. P&P berjalan seperti biasa namun guru-guru bergilir-gilir relief kelas kerana semua kelas telah digabungkan.
(keadaan kelas yang telah dikuarantin)

Setiap murid yang dikuarantin dirumah telah diberikan satu surat supaya mereka berada di rumah dan dilarang meninggalkan rumah bagi tujuan membeli belah, bersiar-siar atau ke tempat awam. Jika mereka tinggal serumah dengan adik beradik yang belum dijangkiti mereka dilarang bermain mahupun tidur sebilik. Itulah antara langkah -langkah pencegahan yang harus diambil. Demi menjaga kesihatan semua.

(notis perintah sepenuhnya...)

Berkenaan dengan sahabat j-QAF dan 2 orang guru berkenaan, keputusan mereka akan diketahui dalam jam 6 pm ini dan jika didapati salah seorang guru telah dijangkiti...diberitakan bahawa sekolah saya akan diberikan cuti kuarantin selama seminggu. Mungkin seperti khabar gembira tetapi sebenarnya ia satu musibah yang patut kita doakan agar ia tidak berlaku. Wabak yang boleh membawa maut ini belum lagi ditemui penawarnya.

Mujurlah serangan H1N1 di sekolah saya ini bukanlah berpunca dari sebaran secara terus dari luar negara tetapi ia dikategorikan sebagai 'imported' kes yang mana mangsa - mangsa bukanlah orang yang ke luar negara tetapi orang sekeliling atau pun saudara mara. Berita baiknya ialah wabak dalam kes ini masih boleh dikawal.
(murid-murid tahun 2 yang datang tak sampai satu kelas...daripada 5 kelas keseluruhannya)

Marilah sama-sama kita berdoa agar segalanya diselamatkan ALLAH swt. Saya pula, alhamdulillah...tiada sebarang tanda yang mencurigakan dan begitu juga tiada kontak dengan yang telah disahkan dijangkiti mahupun yang telah disyaki dijangkiti. Alhamdulillah again,sebab dalam menunggu hari-hari kehadiran orang baru dalam keluarga...seminggu ni adalah saat-saat genting yang perlu sentiasa berada di sisi isteri tercinta.

Sebagai langkah berjaga-jaga, sekiranya kita dalam situasi begini dan mengidap demam atau selsema jangan teragak-agak untuk terus berjumpa dengan doktor. Supaya langkah pencegahan lebih senang dilakukan kerana masih dalam peringkat awal.

Ya Allah, jauhkanlah kami dari penyakit berjangkit dan sejahterakanlah hidup kami di dunia dan di akhirat. Ameen.

Jumpa lagi, wassalam.

No comments: