Monday, July 27, 2009

Mahrajan j-QAF Kuala Selangor 2009

Assalamualaikum,

Pagi tadi selesai bengkel dan mesyuarat hakim-hakim mahrajan j-QAF daerah Kuala Selangor. Tarikh yang telah ditetapkan ialah pada 30 Julai ini iaitu hari khamis. Segalanya berjalan lancar, namun ada juga suara-suara sumbang yang mempertikaikan tindakan Us.Ramli yang ingin menyatupadukan seluruh guru-guru j-QAF Kuala Selangor untuk setahun sekali.

Dalam mesyuarat Jumaat lalu, ada seorang wakil salah sebuah sekolah bertanya, apakah rasionalnya mewajibkan semua guru-guru j-QAF datang untuk memberi sokongan dan memeriahkan mahrajan yang yang diadakan setahun sekali itu. Setelah dirisik-risik rupa-rupanya seorang ustaz yang bertaraf GPK menyoal perkara sedemikian.

Mungkin malas nak buat relief kot...atau mungkin dah ketandusan sangat guru-guru di sekolah tersebut sehingga guru j-QAF tidak dibenarkan keluar. Sedangkan program sukan yang tidak kena mengena dengan guru berkenaan boleh digerakkan guru beramai-ramai keluar ke program tersebut. Wallahu 'alam...fikir-fikirkanlah...

Ok, wassalam.

Mesyuarat Data j-QAF Selangor

Assalamualaikum...

Hari ini genap 12 hari kelahiran Ahmad Eimad Zihni ke dunia ini. Itulah nama yang menjadi pilihan kedua ibi bapanya. Didoakan supaya anak ini menjadi tiang agama yang kukuh dan dengan kekuatan dan kebijaksnaan aqal fikiran yang dikurniakan Yang Esa. Terasa pantas masa berlalu. Segala-galanya selamat sejahtera. Isteri semakin pulih, mungkin hasil daripada pengalaman lepas yang menghadapi sedikit masalah tetapi kali dapat diatasi dengan baik.Alhamdulillah.

Baru-baru ni berbengkel dan bermesyuarat di Pulau Pangor berkaitan dengan e-laporan j-QAF. JU data setiap daerah telah dirahkan untuk menyiapkan data e-laporan yang berkaitan dengan pencapaian murid j-QAF. Bersengkang mata la jugak sampai pukul 3 pagi. Esoknya sambung lagi. Bila ada masalah pula terpaksa mengulang semula proses meng'update' data yang telah dibuat pada malam tadi.
(poster sempena mesyuarat di pangkor...oleh zulhelmi sk tropicana)

Susah juga rupanya nak menghantar data peringkat daerah dek kerana sistem yang berubah-ubah dan banyak kekeliruan. Kalau nak dibandingkan pengisian data diperingkat sekolah lebih senang berbanding daerah. Walaupun peringkat daerah kerjanya hanyalah 'merge' data setiap sekolah tapi banyak prosedurnya.
(bersantai di tepi kolam...sambil makan kuaci)

Namun, alhamdulillah ada kawan-kawan yang membantu. Hari yang terakhir di Pangkor, baru dapat serahkan semua data yang dah diproses. Alhamdulillah.
(kalau dah gembira, beginilah jadinya...tak de la, ni kami sedang beriadhah)
Ok wassalam.

Wednesday, July 15, 2009

Cahaya mata ku...

Rabu 15 Julai 2009: Assalamualaikum...

Sebelum ini, saya telah memberitakan tentang wabak H1N1 di sekolah saya. Alhamdulillah, wabak itu hanya positif pada 2 orang murid sahaja dan murid2 lain serta guru yang disyaki semuanya negatif H1N1. Setelah 2 hari (jumaat dan isnin) penurunan kehadiran murid yang terlalu mendadak, Selasa lalu telah menunjukkan peningkatan pada jumlah kehadiran murid. Ini juga hasil daripada sikap ibubapa yang agak percaya pada situasi terkini sekolah dan agak meyakinkan. Ameen ya rabb...

Bagi saya pula, hari ini adalah hari bersejarah untuk saya sekeluarga. Saat yang dinanti-nantikan telah tiba. Adik kepada Irfan Zuhdi telah keluar menjengah alam semesta. Jam 12.50pm terdengar bunyi tangisan anak (yang belum diberikan nama...kalau ada cadangan?) kurniaan ilahi sebagai permata berharga yang perlu dihargai.
(si ibu sedang bersiap sedia dalam 'labour room' menantikan saat yang penuh dugaan dan cabaran...)

Setelah bertarung hampir lebih kurang 2 jam dengan 'major contraction', isteri saya (yang tercinta...) berjaya membuat teranan terakhir. Akhirnya lahirlah permata hati yang kedua. Bagi isteri saya, katanya anak kedua kali ini agak berlainan pengalaman yang dilalui apabila 'contraction' yang berlaku agak kerap dan kuat. Sedangkan semasa kelahiran Irfan Zuhdi dahulu memang sebaliknya.
(ibu yang bahagia dengan kelahiran yang ditunggu-tunggu...)
Walau apapun yang berlaku, kami redha dengan ketentuan illahi yang telah mengurniakan anak lelaki (muzakkar) yang normal dan sihat. Belum ada tanda-tanda kuning. Doktor Zarul Azham, maklumkan esok baru dapat diketahui keputusan ujian darah anak. Harap2 semuanya sihat dan selamat. Terima kasih semua yang mendoakan kami. Esok adalah hari yang lebih gembira dan bahagia apabila Irfan Zuhdi buat pertama kali akan bertemu adik yang selama ini hanya dapat dicium pada perut ibunya sahaja. Teruja ingin melihat reaksi pertama Irfan. Tunggu...
(inilah wajah bakal pejuang Islam yang baru dilahirkan...menggerunkan musuh2 Allah..insyaAllah)
Ok setakat ini dulu sahabat sekelian, wassalam.

Friday, July 10, 2009

GEMPAR...H1N1...na'uuzubilLah...

Assalamualaikum.

Hari ini telah bermula kuarantin bagi Kelas 1 Dinamik dan penghuninya begitu juga tahun 4 Cekal. Akibat daripada 2 orang murid telah disahkan menghidap Influenza A H1N1. Berita gempar ini telah tersebar luas sejak semalam lagi apabila pihak Jabatan Kesihatan Daerah telah datang ke sekolah saya untuk membuat pemeriksaan. Guru - guru termasuk saya menjadi panik gara-gara mengingat kembali sama ada telah mengajar atau tidak murid tersebut dalam minggu ni.

(notis perintah dari PKD KS yang ditampal pagi tadi)

Murid tersebut dikatakan telah dijangkiti sejak Ahad lagi dan dia telah datang ke sekolah pada hari Isnin dan Selasa. Pada hari seterusnya dia tidak datang sekolah kerana demam. Kebetulan saya masuk ke kelas tersebut pada hari Khamis.

Namun, seorang guru j-QAF telah disyaki mengidap (belum disahkan lagi, jam 6pm ni akan disahkan)wabak tersebut disebabkan telah berlaku kontak secara langsung dengan murid tersebut dan beliau telah demam dan selsema dalam 2-3 hari ini. Beliau telah diarahkan untuk membuat pemeriksaan bersama 2 orang lagi guru termasuk guru kelas berkenaan.
(plastik rentang yang menandakan larangan sebarang aktiviti kelar-masuk ke kelas tersebut)

Pagi tadi pihak Jabatan Kesihatan Daerah Kuala Selangor telah datang untuk mengeluarkan Perintah Kuarantin di bawah Seksyen 15(1)Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Kelas tersebut juga telah ditutup pagi tadi. Berita ini juga telah tersebar luas dikalangan murid dan ibu bapa. Walaupun kedua-dua kelas itu adalah sekolah sesi pagi, murid sesi petang juga terasa tempiasnya. Buktinya daripada 12 kelas tahun 2 dan 3, yang tinggal hanya 1 kelas untuk thn 2 dan 1 kelas thn 3. P&P berjalan seperti biasa namun guru-guru bergilir-gilir relief kelas kerana semua kelas telah digabungkan.
(keadaan kelas yang telah dikuarantin)

Setiap murid yang dikuarantin dirumah telah diberikan satu surat supaya mereka berada di rumah dan dilarang meninggalkan rumah bagi tujuan membeli belah, bersiar-siar atau ke tempat awam. Jika mereka tinggal serumah dengan adik beradik yang belum dijangkiti mereka dilarang bermain mahupun tidur sebilik. Itulah antara langkah -langkah pencegahan yang harus diambil. Demi menjaga kesihatan semua.

(notis perintah sepenuhnya...)

Berkenaan dengan sahabat j-QAF dan 2 orang guru berkenaan, keputusan mereka akan diketahui dalam jam 6 pm ini dan jika didapati salah seorang guru telah dijangkiti...diberitakan bahawa sekolah saya akan diberikan cuti kuarantin selama seminggu. Mungkin seperti khabar gembira tetapi sebenarnya ia satu musibah yang patut kita doakan agar ia tidak berlaku. Wabak yang boleh membawa maut ini belum lagi ditemui penawarnya.

Mujurlah serangan H1N1 di sekolah saya ini bukanlah berpunca dari sebaran secara terus dari luar negara tetapi ia dikategorikan sebagai 'imported' kes yang mana mangsa - mangsa bukanlah orang yang ke luar negara tetapi orang sekeliling atau pun saudara mara. Berita baiknya ialah wabak dalam kes ini masih boleh dikawal.
(murid-murid tahun 2 yang datang tak sampai satu kelas...daripada 5 kelas keseluruhannya)

Marilah sama-sama kita berdoa agar segalanya diselamatkan ALLAH swt. Saya pula, alhamdulillah...tiada sebarang tanda yang mencurigakan dan begitu juga tiada kontak dengan yang telah disahkan dijangkiti mahupun yang telah disyaki dijangkiti. Alhamdulillah again,sebab dalam menunggu hari-hari kehadiran orang baru dalam keluarga...seminggu ni adalah saat-saat genting yang perlu sentiasa berada di sisi isteri tercinta.

Sebagai langkah berjaga-jaga, sekiranya kita dalam situasi begini dan mengidap demam atau selsema jangan teragak-agak untuk terus berjumpa dengan doktor. Supaya langkah pencegahan lebih senang dilakukan kerana masih dalam peringkat awal.

Ya Allah, jauhkanlah kami dari penyakit berjangkit dan sejahterakanlah hidup kami di dunia dan di akhirat. Ameen.

Jumpa lagi, wassalam.

Tuesday, July 7, 2009

Kembali daa...maaf semua.

Assalamualaikum,

Terasa gatal tangan sebab dah lama nak menaip tapi tak dapat-dapat. Apa yang saya boleh katakan hanyalah memohon maaf dari sahabat semua yang mungkin tertanya-tanya. Kemanakah menghilangnya nukilan saya dan tak update blog dalam jangka masa sebulan. Biasalah kalau laptop dah agak berusia, masalah pasti menjengah jua. Apa pun saya kembali.
(gambar kenangan di Pasar Malam kat Cameron Highland..baru2 nih..memang best..mesti cuba!)


Terasa rindu pun ada cemburu pun ada..dengan sahabat2 yang dapat hadir 'gathering' AQRAB yang telah berlangsung di Putrajaya. Maaf juga sekali lagi. Kisah sebenarnya, saya dan family sudah pun 'bersiap' nak keluar . Namun situasi yang berlaku apabila nak melangkah keluar dari rumah tidak mengizinkan kami berbuat begitu. Keadaan agak mencemaskan. Isteri saya yang sudah hampir 'due date'nya terasa 'minor contraction' dalam kandungannya. Terpaksalah berehat dan saya nasihatkan dia supaya berbaring sebentar. Akhirnya niat yang telah dirancang sebelum ni terpaksalah dibatalkan. Bimbang kalau apa2 berlaku dalam perjalanan. Namun sampai sekarang belum lagi ada tanda2 kelahiran. Apa2 pun doakanlah kami sekeluarga sejahtera hendaknya. Kandungan pun sekarang dah masuk minggu ke-37. Pagi tadi check-up klinik nasihatkan supaya bersiap sedia..on your mark...get set...


(Irfan Zuhdi bersama koleksi kaktus Cameron Highland..memang indah..subhanallah..mesti tengok!)


Terasa pening juga kepala dengan data e-laporan yang baru sahaja selesai dihantar ke PPD untuk sebahagian sekolah di Daerah Kuala Selangor...alhamdulillah(ada juga yang belum hantar tu),dengan memikirkan idea nak menghias bilik jqaf (bagi orang yang tak pandai sangat dalam bab menghias),mahrajan jqaf peringkat daerah (yang tertangguh...tp dalam bulan julai jg insyaALLAH kata Us.Ramli),mahrajan peringkat negeri yang sepatutnya berlangsung hujung julai.....dan dalam minggu ni jadi security makmal komputer untuk permainan komputer sempena Karnival Usahawan SKPA 2009. Walau apa jua tugasan yang datang,pasti buat yang terbaik bukan kerna wang ringgit tapi kerna diri ini seorang pendidik.

(satu-satunya buah strawberi yang dijumpai..yg lain dah habis dipetik orang..petik sendiri tuh..)

Terasa juga nak tahu, perkembangan terkini dengan hal ehwal jqaf. Mungkin hasil dapatan Us.hamidi, us.zubaidi dan yang lain-lain boleh kita kongsi bersama. Maklum la ana takdak rezki kali ni. Tak gitu us.zubaidi(cantik blog)...hehehe.. Walau apa pun, segala maklumat yang dapat moga mendapat berkat dan rahmat buat semua. Thank you banyak2.


(ni lah Proton Exora yang membawa kami sekeluarga..ke Cameron Highland..alhamdulillah..boleh tahan gak..)

Terasa setakat ni saja yang dapat dinukilkan. InsyaAllah jumpa lagi.

Wassalam.