Sunday, January 31, 2010

Kalimah ALLAH dan JANGAN tinggal SOLAT...



Assalamualaikum...


Alangkah indahnya jika tindakan mempertahankan kalimah ALLAH pada sesetengah pihak diaplikasikan juga dalam gesaan JANGAN TINGAL SOLAT. Dengan sepanduknya...laungan takbirnya...kenyataan akhbar yang agresif...terpancar di wajah jurucakap akan teguh pendiriannya...dan pelbagai lagi reaksi yang dapat kita tonton dalam tv.


"Asyiddaau 'alal kuffar, ruhamaau bainahum"...berkali-kali saya dengar dicorong radio sepanjang perjalanan balik dari sekolah. Masyarakat Islam di Malaysia sebilangannya dilihat menggunakan ungkapan ini pada ayat yang pertama sahaja apabila berhadapan isu kalimah ALLAH . Bertegas terhadap orang kafir.


Sebaliknya berbuat baik dan berkasih sayang sesama umat Islam pada ayat yang seterusnya jarang dipraktikkan dalam erti kata mengajak sebahagian manusia yang meninggalkan solat agar mendirikannya.


Di stadium bolasepak, pasaraya menjelang maghrib (kerana tempoh waktunya singkat), bergembira ketika hari keluarga, majlis@mesyuarat agung yang melangkaui waktu zohor hingga jam 3-4 ptg dan banyak lagi situasi yang sering kita lihat. Sedangkan bagi mereka yang meninggalkan solat dalam situasi tersebut tidak dilihat sebagai sesuatu yang perlu ditegur. Masing-masing dengan urusan masing-masing. Tiada laungan, tiada gesaan, tiada kenyataan akhbar dan seumpamanya.


Jika situasi agresif yang sama ditunjukkan dalam menggesa umat Islam agar jangan meninggalkan solat, saya rasa kalimah apa sekalipun yang digunapakai oleh kuffar tidak akan memberi kesan pada pegangan Aqidah umat Islam.


Setakat itu dahulu. tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah mati...sekadar luahan rasa.. jumpa lagi,wassalam.

No comments: